Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Baiki Gajet – Intake 1 (Minggu 15)

22 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Baiki Gajet yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-15 ini bertujuan untuk mempelajari tentang pengenalan sistem operasi dan cara instalasi Microsoft Windows 10 pada laptop.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan sebelum ini. Pada kelas minggu ke-15, peserta telah mempelajari tentang konsep sistem operasi, mengenalpasti jenis-jenis OS yang digunakan pada komputer riba serta memahami fungsi dan kepentingan OS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali